fb fb fb fb fb

Panik disergah Imigresen, PATI cabut lari tinggal anak



KUALA LUMPUR, 22 Januari- Pelbagai helah digunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengelak dicekup dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), antaranya bertindak terjun ke dalam longkang, menyorok di dalam almari, dan memanjat bumbung.

Panik disergah pasukan Imigresen ketika serbuan dijalankan, seorang PATI bertindak lari meninggalkan anaknya untuk menyelamatkan diri.

Difahamkan, ketika serbuan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu sedang nyenyak tidur di dalam bilik di sebuah rumah di perkampungan setinggan di Segambut Bahagia Tambahan, di sini awal pagi Sabtu.

Bagaimanapun, pegawai Imigresen berjaya menemui ibunya yang merupakan seorang warga Indonesia sedang bersembunyi dalam sebuah lubang yang digali di bawah rumahnya.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, seramai 211 individu diperiksa manakala 106 PATI warganegara Indonesia, terdiri daripada 45 lelaki dan 61 wanita berusia lingkungan sebulan hingga 55 tahun ditahan dalam operasi yang bermula sekitar jam 2 pagi.

Media Baharu