fb fb fb fb fb

Pameran Serangkai-Ekspresi Hubungan Insan dan Alam

Kuala Lumpur,28 Oktober- Bagi memberi kesedaran terhadap pemuliharan dan pengurusan hutan dengan lebih baik kepada orang awam,satu pameran yang dikenali Serangkai - Ekspresi Hubungan Insan dan Alam diadakan di Central Market, Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.

Pameran ini merupakan program anjuran projek kerjasama Kerajaan Malaysia dengan United Nation Delopment Programme iaitu Projek Improving Connectivity In The Central Forest Spine Landscape (IC-CFS) yang dibiayai oleh Global Environment Facility atau GEF.


(Pengarah Projek Kebangsaan IC-CFS, Datuk Zahari Ibrahim)

Jelas Pengarah Projek Kebangsaan IC-CFS, Datuk Zahari Ibrahim penganjuran ini dapat membantu memberi ilmu pengetahuan baharu mengenai memelihara dan memulihara hutan dan hidupan liar di Semenanjung Malaysia terutama kepada masyarakat bandar.

"Sekarang ini kita hendak memberi pendekatan kepada masyarakat bandar dan generasi muda bagaimana usaha yang dibuat kerajaan dalam memastikan konversif pemuliharaan dan juga pengawalan flora dan fauna kepelbagaian bilogi negara dapat dicapai.

"Projek IC-CFS ini merupakan projek yang dilaksanakan bagi menyokong pelaksanaan Pelan Induk Central Forest Spine dalam meningkatkan pengurusan tanah dan hutan yang mampan di landskap Central Forest Spine di Semenanjung Malaysia untuk melindungi dan memelihara kepelbagaian biodiversti dan menjamin habitat hidupan liar," katanya di sini.

Ujarnya lagi, pelaksanaan projek ini melibatkan sokongan dan kerjasama penuh daripada semua pemegang taruh di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri samada daripada Jabatan/Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan mahupun masyarakat setempat.

Projek IC-CFS ini bukan sahaja memfokuskan kepada kapasiti institusi- institusi pelaksana, malah ianya turut memberi manfaat kepada Orang Asli dan Komuniti Setempat di sekitar kawasan Koridor Ekologi IC-CFS di Negeri Johor, Pahang dan Perak.

Antara aktiviti menarik yang diadakan minggu ini adalah Tayangan Filem Pendek, Pertandingan mewarna, sesi perkongsian ilmu dan demostrasi penanaman pokok.

Media Baharu