fb fb fb fb fb

Pameran Kerjaya Bidang Kejuruteraan dan Teknologi anjuran MARA tawar lebih 1,500 peluang pekerjaan

(Datuk Seri Mahdzir Khalid membuat tinjauan pada Pameran Kerjaya Bidang Kejuruteraan dan Teknologi
anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berlangsung semalam dan hari ini) 

KUALA LUMPUR, 3 Ogos - Lebih 1,500 peluang pekerjaan ditawarkan kepada graduan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi menerusi Pameran Kerjaya Bidang Kejuruteraan dan Teknologi anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peluang kerjaya itu ditawarkan MARA dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) dan sepuluh syarikat swasta terkemuka.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran graduan bumiputera, inisiatif tersebut juga dapat membantu mengurangkan isu ketidakpadanan antara bekalan buruh dengan permintaan tenaga kerja di pasaran.

(Datuk Seri Mahdzir Khalid membuat tinjauan pada Pameran Kerjaya Bidang Kejuruteraan dan Teknologi
anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berlangsung semalam dan hari ini) 

"Ia merupakan salah satu daripada program MARA yang dipanggil 'create crafting', kita tolong wujudkan peluang-peluang pekerjaan tetapi dengan bantuan daripada MIDA sebab MIDA kenal mana industri yang memerlukan kejuruteran dan teknologi, MARA pula ada pelajar..jadi kolaborasi antara MARA dan MIDA membolehkan pelajar itu 'matching' (sepadan) dengan industri yang ada," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Penutup Seminar dan Pameran Kerjaya Bidang Kejuruteraan dan Teknologi, di sini hari ini.

Dalam tempoh dua hari penganjuran, sejumlah 1,200 graduan dan pelajar telah berjaya mendapat padanan kerjaya mengikut kesesuaian bidang pengajian masing-masing.

Penganjuran program itu adalah sebahagian Agenda Keluarga Malaysia di bawah inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia yang dilancarkan bulan lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Media Baharu