fb fb fb fb fb

Pam mudah alih di Kemubu dijangka siap pada Ogos 2025

Datuk Seri Mohamad Sabu

PASIR PUTEH, 27 Oktober- Projek menyiapkan pam mudah alih di Kemubu, Kelantan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos tahun depan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerja-kerja baik pulih sistem pengairan tersebut termasuk pembangunan tambahan mengambil masa enam bulan dan apabila siap.

Pam air tersebut akan digunakan oleh petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) termasuk daerah Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh bagi mengatasi masalah pengairan di kawasan tanaman padi ketika musim kemarau.

"Ia sedang dilakukan apabila musim kemarau dan kita mintak kawasan KADA ini menyediakan air tetapi pam tidak boleh digunakan kerana tidak sampai dekat sungai.

"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyediakan peruntukan segera RM20 juta untuk pengairan di Kemubu itu tetapi terpaksa dibuat pembangunan yang lain supaya pam air sampai ke sungai Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Penyampaian Watikah kepada 48 Ketua Tani Kumpulan Pengguna Air (KPA) Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak 2024 di Tok Bali, di sini.

Mei lalu, Perdana Menteri meluluskan peruntukan RM20 juta bagi pembelian pam air untuk kegunaan pesawah di Kelantan.

Ia berikutan pam air sedia ada tidak sampai untuk disalurkan kepada sawah berikutan musim kemarau dan paras air sungai rendah.

Ia bakal memanfaatkan lebih 7,000 petani terlibat di negeri itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI