fb fb fb fb fb

Pakej Perpaduan Prabayar Internet: Separuh harga, kelajuan tiga kali ganda

PUTRAJAYA, 21 Disember- Pakej Perpaduan Prabayar Internet mudah alih akan diperkenalkan pada Februari tahun depan dengan harga serendah RM30.

Pakej separuh harga itu ditawarkan dengan kelajuan tiga kali ganda.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata Pakej Perpaduan Prabayar Internet mudah alih sebahagian komitmen kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup khusus untuk golongan belia, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan veteran.

Pakej disediakan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL Communications. 

"Data tersebut dapat menampung penggunaan perkhidmatan sembang (chat) dan panggilan (voice call) serta penggunaan aplikasi dalam talian bagi aktiviti harian seperti pembelian dalam talian, penghantaran makanan, tempahan, urusan perbankan dan pembayaran, carian internet dan navigasi serta berita dan maklumat," kata beliau.

Pakej menawarkan peningkatan kelajuan Internet mudah alih ke 3Mbps dengan kuota dinaikkan kepada 30GB untuk tempoh enam bulan.

Pakej Perpaduan Prabayar Internet mudah alih merupakan pakej asas yang disediakan dan terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah.

(Fahmi (kanan) ketika sidang media selepas mengadakan tinjauan bilik bantuan operasi
bencana banjir Kementerian Komunikasi dan Digital/BERNAMA)

Media Baharu