fb fb fb fb fb

Pakej Internet Perpaduan: Syarikat telekomunikasi boleh tawar harga lebih murah

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Semua syarikat telekomunikasi dialu-alukan untuk menawarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar yang terbaik kepada pengguna.

Jelas Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil, ia termasuk kriteria pelanggan sasaran selain daripada kelompok B40.

"Fokusnya adalah untuk kelompok B40 tapi sekiranya syarikat-syarikat telekomunikasi merasakan ada manfaat untuk golongan M40 terutama sekali bawah M40, terpulang kepada syarikat masing-masing.

"Sekiranya ada syarikat yang tawar lebih rendah saya alu-alukan macam contoh pakej TM RM69 dengan kelajuan 30mbps manakala TIME RM69 dengan kelajuan 100mbps," katanya.

Selain itu, KKD juga akan menyediakan pangkalan data kepada penyedia perkhidmatan jalur lebar untuk mengenal pasti golongan yang layak mendapat manfaat itu.

(Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil)

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Rahmah Mesra dan Gotong Royong di Dewan Serbaguna Residensi Suria Pantai.

Pada majlis itu, Fahmi turut meluluskan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi pemasangan kamera litar tertutup di residensi berkenaan selain mengambil maklum isu-isu berbangkit penduduk setempat.

Media Baharu