fb fb fb fb fb

Pakej Perpaduan Internet talian tetap bakal diperkenal

PUTRAJAYA, 31 Januari- Pakej Perpaduan Internet talian tetap khusus untuk golongan B40 akan diperkenalkan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Rundingan melibatkan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi berhubung pakej berkenaan akan dilakukan.

"Kita nak bantu lengkapkan tiga peratus akses internet yang belum lagi diselesaikan, serta bakinya dikesan mempunyai pothole," jelasnya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Putrajaya.

Sebelum ini, Pelan Data Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih pada harga dua kali ganda lebih murah telah diperkenalkan.

Bagaimanapun Fahmi berkata beliau dan timbalannya Teo Nie Ching akan memastikan isu Internet dalam negara diselesaikan secepat mungkin.

(Fahmi Fadzil)

Media Baharu