fb fb fb fb fb

Fahmi Fadzil dilantik jurucakap Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA, 31 Januari- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dilantik sebagai jurucakap kepada Kerajaan Perpaduan.

Perkara itu telah dimuktamadkan dalam mesyuarat kabinet dua minggu lalu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Fahmi, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bertindak sebagai wakil atau jurucakap bagi kerajaan terutama ketika berdepan dengan pihak media selain menyediakan maklumat terperinci berkaitan aktiviti Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya sidang media selepas mesyuarat Kabinet setiap Rabu akan dikendalikan beliau sekiranya perdana menteri tidak dapat hadir.

"Sebenarnya banyak maklumat yang disampaikan berkenaan penegasan kepada pencapaian dan kejayaan yang dilakukan.

"Jadi insya-Allah bermula minggu hadaoan ia akan disiarkan dalam slot berita tertentu dan maklumat terperinci akan disalurkan kepada pihak media," katanya kepada media selepas majlis perhimpunan bulanan KKD di sini hari ini.

Sebagai jurucakap kerajaan, pihak media juga boleh merujuk kepadanya untuk mendapatkan kepastian terhadap isu-isu yang perlu mendapatkan pengesahan.

(Fahmi Fadzil (tengah))

Media Baharu