BUKIT JALIL, 31 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan adalah tanpa ganjaran, dan hanya untuk membantunya dalam kerajaan Perpaduan.
Selain itu, beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, antara lain dalam memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.
"Nepotisme itu kalau kita letakkan jawatan untuk menyalahguna kuasa untuk memperkayakan diri, menambah kontrak dan mahu mendapat upah yang tinggi, namun ia tidak berlaku," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negara 2021 di sini hari ini.
Bagaimanapun, Anwar akan memberi penjelasan berkenaan pelantikan tersebut.
(Anwar Ibrahim)