fb fb fb fb fb

Eksport minyak sawit dijangka meningkat 3.7%

BANGI, 31 Januari- Eksport minyak sawit negara dijangka meningkat 3.7% kepada 16.30 juta tan pada tahun ini berbanding 15.72 juta tan berbanding pada 2022.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, ia berikutan permintaan terhadap komoditi berkenaan yang berterusan dari negara pengimport seperti Emiriyah Arab Bersatu; Arab Saudi; Jepun; Bangladesh; dan Mesir.

"Peningkatan kawasan tanaman sawit matang terutama di semenanjung dan Sarawak serta keadaan cuaca yang baik merupakan faktor yang mendorong kepada peningkatan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) pada tahun 2023.

"Bagi terus mendorong perkembangan positif ini pihak kmenterian juga akan memastikan proses kemasukan pekerja asing berjalan lancar dalam usaha menangani masalah kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan," katanya dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia MPOB Tahun 2022 di Bangi.

Datuk Seri Fadillah turut menyarankan MPOB lebih giat dalam menghasilkan baka sawit hibrid yang dapat menghasilkan minyak yang lebih banyak dengan menggunakan tanah yang lebih terhad.

Selain itu, Malaysia juga akan terus menjalinkan kerjasama dengan Indonesia bagi menangkis tohmahan terhadap minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU) selain membincangkan undang-undang yang melarang penjualan minyak sawit dan komoditi lain yang dikaitkan dengan penebangan hutan.

"Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) akan merangka strategi untuk mmeberi tekanan kepada EU supaya Malaysia dan Indonesia tidak dibuli sewenang wenangnya

"Saya amat bersetuju bahawa negara pengeluar minyak sawit perlu bersepakat dalam menangani isu global supaya bantahan terhadap diskriminasi minyak sawit dapat dibuat secara bersepadu, efektif dan mantap. Perkara ini tidak mudah dilakukan dan tidak semudah diucapkan," katanya.

(Fadillah Yusof)

Media Baharu