fb fb fb fb fb

23 syarikat tempatan terima lesen untuk musim haji 2023

KUALA LUMPUR, 31 Januari- 23 syarikat pelancongan tempatan termasuk anak syarikat Lembaga Tabung Haji (TH), TH Travel & Services Sdn Bhd menerima Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk musim haji tahun ini.

Pengarah Eksekutif TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, penyerahan lesen bagi memastikan syarikat terlibat mempunyai kapasiti, kepakaran dan pengalaman dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk jemaah haji negara.

Jelasnya syarikat pelancongan berdaftar boleh memohon untuk menjadi PJH berlesen dan dipilih secara tahunan, setelah memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

TH turut menasihatkan semua bakal jemaah haji memilih pakej disediakan syarikat yang mempunyai lesen PJH sahaja.

Bakal haji perlu mendaftar dengan syarikat pilihan mereka, selepas menerima surat tawaran menunaikan haji.

Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang mengiklankan, menawarkan atau mengelola perkhidmatan pakej haji tanpa mendapat kelulusan daripada TH boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 27, Akta Tabung Haji 1995.

(Foto hiasan)

Media Baharu