fb fb fb fb fb

44 peruntukan hak trafik udara dikeluarkan MAVCOM

KUALA LUMPUR, 31 Januari- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengeluarkan 44 peruntukan Hak Trafik Udara (ATR) pada suku ke-4 2022 bagi tempoh Oktober hingga Disember tahun lalu itu, membabitkan 28 laluan antarabangsa dan 16 laluan domestik.

Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata, kelulusan itu tertinggi berbanding suku sama sepanjang empat tahun lalu.

Penyambungan perjalanan udara sejak pembukaan semula sempadan serantau dan antarabangsa meningkatkan kadar permohonan ATR, didorong pembukaan laluan-laluan udara domestik baharu.

Syarikat penerbangan baharu MYAirline meraih kelulusan ATR tertinggi, diikuti AirAsia, AirAsia X, dan Batik Air Malaysia.

Permohonan ATR, meningkat 31 tahun lalu, berbanding 2021, dan peningkatan 29% berbanding tahun 2020.

Bagi menyokong pemulihan industri, MAVCOM memberi kelulusan untuk destinasi-destinasi baharu di seluruh Asia Pasifik seperti Australia dan Bangladesh.

Sementara, permohonan ATR untuk sektor kargo udara mengalami pengurangan 80% pada suku keempat berikutan permintaan yang berkurangan.

Secara keseluruhannya MAVCOM yakin, industri penerbangan negara akan kekal stabil menuju pemulihan menjelang tahun 2024 seperti diramalkan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

(Foto hiasan)

Media Baharu