fb fb fb fb fb

Paka, Terengganu alami gangguan bekalan air

(Keadaan dua batang paip di Jambatan Paka yang terputus)

KUALA TERENGGANU, 19 Januari- Penduduk di sekitar bandar Paka, Ketengah Jaya, Felda Kerteh 2 dan 3 di Dungun mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula petang semalam.

Ia susulan insiden dua batang paip berukuran 700 millimeter di Jambatan Paka yang menyalurkan air dari Loji Rawatan Air LRA Bukit Bauk ke Paka terputus ketika proses pembaikan struktur sokongan paip tersebut.

Syarikat Air Terengganu (SATU) menyatakan perkara itu menerusi satu kenyataan.

(Foto hiasan)

Bekalan air ke bandar Paka dari LRA Kemudi telah disalurkan.

Manakala bekalan air untuk kawasan Ketengah Jaya, Felda Kerteh 2 dan 3 akan menggunakan lori tangki.

2,500 akaun pengguna di kawasan tersebut terjejas.

Media Baharu