fb fb fb fb fb

Pahang peruntuk RM34.65 juta, bina 450 unit rumah RRP Fasa 4

BENTONG, 5 Oktober- Sejumlah 450 unit Rumah Rakyat Pahang disiapkan untuk Fasa 4 tahun 2023. 

Pengumuman itu bukti keprihatinan kerajaan negeri memenuhi keperluan asas rakyat termasuk dalam menyediakan kediaman yang selesa.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sejumlah RM34.65 juta diperuntukkan bagi tujuan tersebut pada tahun ini.

"Bermula dengan Rumah PR1MA Pahang yang berharga RM150,000. Kita dapat masih ramai lagi yang tidak mampu beli Rumah Rakyat Pahang. Kita turun kepada nilai RM80,000, itu pun ada juga yang tidak mampu.

Akhirnya, kita pergi ke Rumah Rakyat Pahang yang diberi secara percuma, hari ini," kata Wan Rosdy kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Rumah Rakyat Pahang berlangsung di Dataran Simpang Pelangai, di sini.

Program Rumah Rakyat Pahang turut diperluas kepada masyarakat orang asli dengan sejumlah 100 unit rumah disediakan menerusi peruntukan RM7.5 juta.


(Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail)

Media Baharu