KUANTAN, 11 September -Pahang mengorak langkah ke hadapan apabila menjadi negeri pertama di negara ini yang mengintergrasikan kecerdasan buatan (AI) dalam sektor pelancongannya.
Aplikasi yang dinamakan ‘Pahang Destina’ itu bakal dilancarkan secara rasmi pada Oktober depan bersempena majlis perasmian Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), peringkat negeri Pahang.
Menurut Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man menerusi aplikasi tersebut, pengguna boleh menikmati cadangan perjalanan yang lebih peribadi, capaian maklumat pantas serta interaksi digital yang mesa pengguna dan masa nyata.
"Dengan pelancaran Pahang destina dimana pengguna aplikasi ini dapat maklumat tentang tarikan di negeri pahang bukan sahaja daripada segi tempat pelancongan, makanan budaya dan pada masa sama apa yang istimewa adalah kita akan dapat maklumat daripada kerajaan negeri melalui pelancongan Pahang mengenai apa yang sedang berlaku bakal berlaku, kempen dan majlis," katanya pada Majlis Pra Pelancaran Pahang Destina Inisiatif Pelancongan AI bersama Tourism Pahang.
Dalam pada itu katanya, pengenalan inisiatif tersebut bukan sekadar penerapan teknologi semata-mata, malah mencerminkan transformasi serta keberanian Pahang untuk bergerak seiring dengan arus Revolusi Industri 4.0.
Pada masa sama, meletakkan negeri Pahang sebagai destinasi pilihan utama pelancong nasional dan antarabangsa sejajar TMM2026, sekali gus mengukuhkan kedudukan Pahang sebagai "The Heart of Malaysia".