
GEORGE TOWN, 29 Januari – Kerajaan Pulau Pinang menafikan dakwaan bahawa kejadian hakisan pantai di koridor utara negeri itu berpunca daripada aktiviti penambakan laut dan pembangunan berlebihan.
- Kerajaan negeri menafikan hakisan pantai berpunca daripada penambakan laut atau pembangunan berlebihan.
- JPS menyatakan hakisan dipengaruhi oleh perubahan cuaca dan proses semula jadi.
- Laporan teknikal JPS sudah disiapkan dan akan menjadi asas menentukan langkah pemulihan.
- Kerajaan komited melaksanakan kerja pengukuhan pantai dan mitigasi segera, termasuk projek di hadapan Hotel Rasa Sayang.
Sebaliknya, fenomena tersebut dipengaruhi faktor perubahan cuaca serta proses semula jadi yang kini sedang diteliti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, meskipun laporan teknikal JPS telah disiapkan, pihaknya kini sedang meneliti cadangan langkah mitigasi serta anggaran kos baik pulih yang diperlukan.
“JPS telah menyiapkan laporan teknikal mengenai hakisan ini dan menekankan kepentingan melaksanakan kerja-kerja mitigasi dengan segera. Kita juga sudah mendapat kelulusan untuk melaksanakan projek-projek di kawasan hadapan Hotel Rasa Sayang, kerana itulah kawasan pertama hakisan berlaku kebelakangan ini.
“Sekiranya dikaitkan dengan pembangunan berlebihan, kawasan terjejas akibat hakisan terletak sekurang-kurangnya 10 kilometer jauh dari lokasi tambakan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Komtar hari ini.
Menerusi hasil laporan teknikal JPS tersebut bakal menentukan kaedah pemulihan paling berkesan, selain komitmen kerajaan negeri untuk memulakan kerja pengukuhan pantai dengan kadar segera.
Hasil laporan teknikal JPS akan menjadi asas dalam menentukan kaedah pemulihan yang paling berkesan, selain mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk memulakan kerja pengukuhan pantai dengan segera.