fb fb fb fb fb

Organisasi harus utamakan suasana pekerjaan positif- TPM Fadillah

Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada pelancaran melancarkan Persidangan Strategi Pengurusan Sumber Manusia untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Semua organisasi di Malaysia perlu mengambil langkah proaktif dalam melaksanakan inisiatif dan menyediakan sumber untuk membantu pekerja menguruskan tekanan, mencapai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan (work life-balance) serta mengekalkan kesejahteraan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fokus dalam mewujudkan pengalaman pekerja yang positif penting bagi menarik, mengekalkan dan memperkasa kumpulan bakat dalam organisasi.

"Ini termasuk menyediakan peluang untuk pembangunan profesional, menggalakkan keseimbangan hidup kerja dan memupuk budaya tempat kerja yang positif.

"Oleh itu, menekankan kepelbagaian dan penyertaan hendaklah menjadi aspek pusat amalan sumber manusia dalam mewujudkan tempat kerja inklusif,"katanya.

Tambahnya, organisasi juga perlu meningkatkan penggunaan alat dan teknologi digital seperti kecerdasan buatan (AI) dan analisis data bagi menambah baik pengalaman pekerja.

Usaha itu akan memberi ruang kepada pengurusan sumber manusia mengoptimumkan pembangunan bakat.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Persidangan Strategi Pengurusan Sumber Manusia untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE