KUALA LUMPUR, 19 Jun - Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembelian panik susulan pelaksanaan semakan dan peluasan skop yang bermula 1 Julai ini.
Profesor di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Profesor Dr Anna Azriati Che Azmi berkata, tindakan itu dikhuatiri akan mendatangkan kesan kewangan untuk jangka panjang.
Beliau turut mencadangkan pengguna merancang perbelanjaan harian dengan menggunakan aplikasi bajet digital yang tersedia, seperti Belanjawanku.
"Saya syorkan guna aplikasi kewangan peribadi. Yang percuma seperti Belanjawanku oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sangat sesuai kerana ia bantu kita rancang bajet isi rumah dengan jelas," katanya.
Profesor Dr Anna Azriati ditemui pemberita selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media di sini.
Sementara itu beliau berkata, pelaksanaan semakan dan peluasan skop SST menyasarkan barangan bukan keperluan dan perkhidmatan gaya hidup, manakala barangan asas kekal bebas cukai.
"Kebanyakan barang keperluan masih tidak dikenakan cukai, tapi ada juga barang yang daripada tidak dikenakan cukai, jadi 5%, dan yang sedia 5% jadi 10%. Barang-barang ini biasanya bukan keperluan asas seperti barang import," katanya.