fb fb fb fb fb

Orang ramai digesa rebut peluang pemilikan rumah menerusi Karnival Jom Beli Rumah - REHDA

KELANA JAYA, 6 Julai- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Media Prima Omnia Berhad bekerjasama menganjurkan Karnival Jom Beli Rumah bagi menggalakkan pemilikan rumah kepada orang ramai.

Menurut Pemangku Presiden REHDA, Datuk Nk Tong, ia merupakan inisiatif kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah di kalangan rakyat khususnya bagi golongan B40 dan M40 yang akan berlangsung dari 15-17 Julai 2022 di Mid Valley Pusat Pameran, Kuala Lumpur.

"Apabila inflasi meningkat, akan ada ketidaktentuan. Walau bagaimanapun, jika kita lihat dari sudut jangka panjang, hartanah memberikan nilai yang baik dalam memerangi inflasi. Jadi, saya rasa orang ramai boleh menilai meskipun ketika dalam tekanan inflasi namun industri hartanah akan manfaat jangka panjang," kata Datuk Nk Tong kepada pemberita RTM.

Sebanyak 17 pemaju hartanah terkemuka, enam institusi kewangan dan beberapa agensi kerajaan akan turut serta dalam karnival yang diadakan selama tiga hari ini.

Majlis perasmiannya dijadualkan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri KPKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada 15 Julai.


(Pemangku Presiden REHDA, Datuk Nk Tong berkata demikian dalam sidang media di ibu negara)

Media Baharu