fb fb fb fb fb

Orang awam guna lampu 'strobe', tindakan tegas menanti - JPJ

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 30 April- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan mana-mana kenderaan yang mengubah suai kenderaan atau menggunakan lampu 'beacon' dan lampu 'strobe' tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan.

Menurut ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim dalam satu kenyataan tindakan itu merupakan satu kesalahan mengikut Peraturan 138 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 170/59.

"Menurut Kaedah 9, kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1958, hanya membenarkan kenderaan dalam tugas kecemasan seperti ambulans, kereta bomba, kenderaan kastam, polis, penjara dan JPJ sahaja mendapat hak laluan kenderaan lain."

"Ia dengan cara membunyikan siren tertentu, loceng, dan hon dua-nada dengan syarat pemandu kenderaan itu tidak memandu secara merbahaya, cuai atau tidak bertimbang rasa," kata kenyataan dikeluarkan JPJ.


(Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)/Fail)

Kenyataan itu susulan aduan orang awam yang diterima JPJ melalui aplikasi perkongsian video, TikTok berhubung penggunaannya.

Menerusi video yang dimuat naik selama 16 saat itu, sebuah kenderaan Toyota Vellfire yang menggunakan lampu 'strobe' bertindak membunyikan hon mengakibatkan pengguna jalan raya yang lain terpaksa memberikan laluan.

Media Baharu