fb fb fb fb fb

OPS TBC: 26 kenderaan disita JPJ Perlis

(JPJ Perlis melaksanakan OPS TBC bermula 18 Januari sehingga 27 Januari 2023)

KANGAR, 25 Januari- Sebanyak 26 buah kenderaan disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis bagi tempoh seminggu iaitu mulai 18 Januari hingga semalam menerusi Operasi Khas Tahun Baru Cina (OPS TBC).

OPS TBC yang bermula pada 18 Januari sehingga 27 Januari ini dilaksanakan secara serentak di 14 kawasan yang kerap berlaku kemalangan di laluan utama seluruh negeri itu.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, pecahan kenderaan yang disita oleh Pasukan Operasi Khas JPJ Perlis melibatkan 17 buah motosikal, tujuh buah kereta dan dua buah lori.

"Kesalahan Pemandu Tiada Lesen Memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) Tamat Tempoh dan Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan antara kesalahan yang dikesan sepanjang operasi itu.

"Ia turut membawa kepada tindakan menyita kenderaan," katanya kepada media ketika meninjau OPS TBC di Kilometer 8 Jalan Kangar-Alor Setar.

(Anggota JPJ Perlis melakukan pemeriksaan ke atas seorang penunggang
motosikal menerusi OPS TBC)

Media Baharu