fb fb fb fb fb

OPS TBC 2024: 481 buah kenderaan disita JPJ Kedah

Foto JPJ Kedah

KULIM, 23 Februari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menyita sebanyak 481 kenderaan menerusi Ops Khas Bulan Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 di seluruh negeri itu dalam tempoh 1 Februari sehingga semalam.

Pengarahnya Aman Shah Hashim dalam kenyataan berkata sepanjang tempoh tersebut sebanyak 47,429 buah kenderaan diperiksa.

Katanya daripada jumlah itu 8,935 notis saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Antaranya tidak mematuhi had laju, tidak mematuhi isyarat lalulintas lampu merah dan memotong di garisan berkembar.

"Motosikal masih lagi mencatatkan kesalahan tertinggi dalam tindakan yang telah diambil, diikuti motokar dan lain-lain kenderaan,"katanya.

Melalui penyamaran bas, sebanyak 41 kes telah dikesan dan telah diambil tindakan.

Terdahulu semalam, beliau meninjau Ops Bersepasu yang dijalankan bersama Jabatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kedah di persimpangan Kulim Hi Tech melibatkan 68 anggota dari kedua-dua agensi.

ROSLINA BINTI DIN