fb fb fb fb fb

Ops Serkap: Dalang sindiket penyeludupan PATI ditahan

16 PATI turut ditahan dalam Ops Serkap yang dijalankan tengah malam tadi

PONTIAN, 10 November - Jabatan Imigresen menahan seorang wanita Indonesia berstatus penduduk tetap dan seorang lelaki pemastautin sementara yang dipercayai menjadi dalang kepada sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kedua-dua suspek berusia 32 dan 33 tahun itu ditahan bersama-sama 16 PATI lain dalam Ops Serkap yang dijalankan tengah malam tadi, di sini.

Tangkapan melibatkan 15 daripanya lelaki dan seorang wanita berusia antara 24 hingga 51 tahun.

Pengarah Jabatan Imigresen Johor Baharuddin Tahir dalam kenyataannya berkata, operasi dijalankan hasil risikan dengan Polis Daerah Pontian selama dua minggu dan mengenal pasti lokasi rumah transit yang menempatkan semua PATI berkenaan.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menyasarkan PATI yang telah disenarai hitam daripada memasuki negara dan PATI yang melakukan kesalahan keluar dari Malaysia melalui pantai barat Johor.

"Setiap PATI dikenakan bayaran RM2,500 hingga RM3,500 seorang untuk perjalanan satu hala.

Turut disita dua kenderaan persendirian yang digunakan untuk penyeludupan.

Kes disiasat mengikut seksyen 6(1)(c) , 15(1)(c) dan seksyen 56(1)(I) Akta Imigresen 1959/63.

TETITIA YUSOFF