fb fb fb fb fb

Ops Pengarah: JPJ Perlis keluar 83 saman atas pelbagai kesalahan

KANGAR, 26 Jun- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengeluarkan 83 saman atas pelbagai kesalahan kepada pemandu di negeri ini menerusi Ops Pengarah.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah, berkata sasaran utama Ops Pengarah yang diadakan di KM 5.8 Jalan Kangar - Alor Setar lebih fokus kepada kenderaan persendirian seperti motokar dan motosikal.

Operasi melibatkan 18 orang anggota penguatkuasa JPJ Perlis daripada Unit Operasi dan Unit Pengujian diketuai Ketua Unit Operasi, Mohd Fazlan Abdul Hamid.


(Ops Pengarah yang dijalankan anggota penguatkuasa JPJ Perlis)

Operasi sama turut menyita sebuah motosikal yang ditunggang seorang warga asing pemegang Kad UNHCR.

Fatimah berkata, pemantauan lalu lintas sentiasa dilakukan khususnya setiap cuti hujung minggu yang menyaksikan ramai pemandu daripada luar memasuki Perlis.

Pemantauan dan pemeriksaan ke atas kenderaan dilakukan bagi memastikan pemandu sentiasa mematuhi peraturan.

Media Baharu