fb fb fb fb fb

Ops Patuh Bersepadu, 284 notis saman dikeluarkan

Foto Ihsan JPJ

JOHOR BAHRU, 22 November- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 149 notis terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan, menerusi Ops Patuh Bersepadu dijalankan di Plaza Tol Skudai, Johor Bahru, pada Selasa.

Menerusi kenyataan JPJ Johor, operasi melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengeluarkan 135 saman.

Sebanyak 280 buah kenderaan diperiksa dalam operasi berkenaan dan 63 kenderaan telah diambil tindakan.

120 notis dikeluarkan bersabit kesalahan teknikal manakala 18 kesalahan pelesenan dan lima kesalahan pelesenan kenderaan.

Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM