fb fb fb fb fb

Ops Khas Kenderaan Perkhidmatan Barangan, 34 notis saman dikeluarkan JPJ Kedah

Foto Ihsan JPJ Kedah

BALING, 17 Oktober- 34 notis saman telah dikeluarkan terhadap pemandu dan pemilik kenderaan barangan atas pelbagai kesalahan.
 
Ia hasil Ops Khas Kenderaan Perkhidmatan Barangan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah di beberapa lokasi sekitar Daerah Baling.
 
Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata operasi ini bertujuan memastikan semua pemandu dan pemilik kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010).
 
Katanya, sepanjang operasi dijalankan sebanyak 120 kenderaan telah diperiksa dalam operasi tersebut.
 
Tegas beliau, penguatkuasaan berterusan terhadap kenderaan perdagangan akan diteruskan dalam usaha mengurangkan risiko berlakunya kemalangan melibatkan kenderaan berkenaan terutama kemalangan yang disebabkan kegagalan aspek teknikal kenderaan.
 
Sebarang aduan trafik boleh disalurkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau platform e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap aduan.


(Foto Ihsan JPJ Kedah)

Media Baharu