fb fb fb fb fb

Ops HRA: lebih 5,000 kenderaan langgar had laju

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Hari pertama Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) pada Jumaat menyaksikan sebanyak 5,021 kenderaan yang melewati kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di lebuh raya didapati melanggar had laju dibenarkan.

Daripada sejumlah 236, 671 kenderaan yang melewati kamera AWAS di lampu isyarat pula, sebanyak 966 kenderaan didapati melanggar lampu merah.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan, sebanyak 29 kamera AWAS dipasang bagi memantau kesalahan memandu melebihi had laju manakala 16 lagi untuk kesalahan melanggar lampu isyarat merah beroperasi sepenuhnya sejak Jumaat.

"Kedua-dua kesalahan itu adalah yang tertinggi dilakukan pengguna jalan raya pada hari pertama Ops HRA.

"Pelaku kedua-dua kesalahan itu akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun mengikut Seksyen 79 Akta 333 (JPJ)," menurut kenyataan itu.

Jika disabitkan kesalahan, pengguna jalan raya boleh dikenakan denda sehingga RM2,000.


(GAMBAR FAIL)

Media Baharu