fb fb fb fb fb

MDV sediakan peruntukan RM50 juta, bantu usahawan tingkatkan aliran tunai

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Sejumlah RM50 juta lagi peruntukan ditambah bagi program Liquidity Financing for Technology Start-Ups, (LIFTS) kelolaan Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV).

Dana bertujuan memacu pertumbuhan sektor teknologi yang terkesan akibat pandemik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nizam Mohamed Nadzri yakin dana tersebut dapat meningkatkan aliran tunai dan mengukuhkan operasi perniagaan syarikat pemula baharu dan sedia ada.

"Jadi, pertambahan sebanyak RM50 juta adalah bagi membantu pertumbuhan syarikat dalam fasa pemulihan. Jadi, dana ini boleh digunakan pengembangan operasi," kata Nizam selepas taklimat dan program berbuka puasa bersama media di ibu negara.


(Ketua Pegawai Eksekutif MDV, Nizam Mohamed Nadzri)

Melangkah ke hadapan, pihaknya berhasrat mempelbagaikan strategi pengurusan dana dalam bidang baharu.

Ini termasuk teknologi kewangan dan teknologi kesihatan serta teknologi pertanian.

Media Baharu