fb fb fb fb fb

Operasi tangkap harimau belang tumpu Kampung Remau

(Penerangan operasi harimau di pusat kawalan operasi di Sekolah Kebangsaan Bihai di Pos Bihai, Gua Musang)

GUA MUSANG, 23 Februari- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menutup tiga sektor operasi menangkap harimau di kawasan perkampungan Orang Asli di sini berikutan tiada harimau belang dikesan di kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia, Datuk Fakhrul Hatta Musa berkata, pihaknya kini menumpukan operasi di sektor satu iaitu di Kampung Remau, Pos Bihai di sini apabila mengesan seekor harimau di kawasan itu pada 18 Februari lalu.

Katanya, selepas 77 hari berkampung menjalankan operasi di Pos Bihai, Pos Balar dan Pos Belatim, kawalan operasi di sektor dua, tiga dan empat telah ditutup.

“Sebelum ini, harimau itu memang berada di kawasan sektor satu, dua, tiga dan empat. Selepas menjalankan pemantauan, harimau belang itu didapati sudah tidak kelihatan di tiga sektor.

“Jadi, kita akan menumpukan di kawasan sektor satu iaitu di Kampung Remau apabila ada kesan harimau berhampiran habitat asalnya,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat kawalan operasi harimau di Sekolah Kebangsaan Bihai di Pos Bihai di sini hari ini.

"Kita sudah jalankan operasi demi operasi yang dibuat berterusan n cuma adakalanya terdapat kekangan dari segi kawasan ni sangat jauh antara satu tempat ke tempat seterusnya kawasan
pedalaman ini hendak masuk ke dalam ambil masa dua hingga tiga jamjadi kita perlu bijak menyusun kakitangan jabatan," katanya.

(Kakitangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Perhilitan menaiki kenderaan pacuan empat roda dalam perjalanan ke Pos Bihai, Gua Musang)

Menurut Fakhrul, meskipun tiga sektor operasi telah ditutup, pihak Perhilitan dan anggota Pasukan Senoi Praaq atau Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) tetap akan melakukan pemantauan secara berkala sekiranya mendapat maklumat kehadiran harimau di kawasan itu.

Katanya, selain itu, sebanyak lapan perangkap harimau belang atau perangkap wahab dan 64 kamera turut dipasang di kawasan itu.

Media Baharu