fb fb fb fb fb

Derita penduduk Kampung Tanah Hitam Sik berakhir

SIK, 26 Februari- Keresahan penduduk di Kampung Tanah Hitam Sik, Kedah setiap kali terputus bekalan air bersih sejak puluhan tahun bakal berakhir dengan siapnya
pembinaan telaga tiub di kawasan berkenaan hujung Mei ini.

Projek pertama Telaga Tiub oleh Yayasan ikhlas itu dengan kos RM270,000 bermanfaat untuk 132 rumah.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad sanusi Md Nor berkata bantuan tersebut adalah satu kebajikan yang sekaligus membantu kerajaan negeri memberikan perkhidmatan alternatif ke kawasan mempunyai tekanan rendah.

Katanya, Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengatur pelan jangka pendek untuk membantu masyarakat yang mengalami masalah bekalan air secara berterusan antaranya menghantar air melalui lori tangki.

Beliau berharap masalah air bersih di Kedah diselesaikan apabila siapnya projek menaik taraf lima Loji Rawatan Air (LRA) pada 2024.

Beliau berkata demikian dalam ucapan majlis penyerahan tapak projek telaga tiub kampung tanah hitam .

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Perdagangan Dalam Negeri Hal ehwal pengguna Romani Wan Salin.

Projek sama selepas ini dijangka dibuat di Kampung Charuk Damar, Sik.

Media Baharu