fb fb fb fb fb

Operasi SAR anggota tentera di Hutan Royal Belum masih diteruskan

Foto hiasan

GERIK, 12 Disember- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi anggota tentera yang dipercayai lemas di kawasan Hutan Royal Belum, Gerik oleh polis ditamatkan pada pukul 6.00 petang tadi.
 
Ketua Polis Daerah Gerik Superitendan Zulkifli Mahmood dalam satu kenyataan memaklumkan usaha pencarian anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih diteruskan.

Pada 2 Disember lalu, dua anggota daripada 21 Komando Kem Sungai Udang, Melaka hilang semasa melakukan rondaan dalam Operasi Kota Echo/Foxtrot Siri 6/2024.
 
Operasi SAR kemudian dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM.
 
Tujuh anggota terlibat ditemui selamat kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada hari kejadian, namun Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi serta Lans Koperal Mohd Afandi, hilang.
 
Namun mayat Mohd Afandi yang berasal dari Matu, Sarawak ditemukan di tepi sungai kira-kira tiga kilometer dari kedudukan Markas Trup pada 1 Disember dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI