fb fb fb fb fb

Operasi mencari kru bot nelayan dikhuatiri lemas disambung hari ini

KUALA KEDAH, 9 Februari - Operasi mencari dan menyelamat seorang kru bot nelayan yang dikhuatiri lemas pada kedudukan 6.7 batu nautika barat laut Kuala Kedah, disambung semula pukul 7.30 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, operasi hari kedua melibatkan keluasan 105.4 batu nautika persegi.

"Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan pertahanan Awam (APM), antara yang terlibat dalam operasi ini.

"Turut membantu 13 bot nelayan tempatan," katanya menerusi satu kenyataan.

Mangsa, Mohd Ayob Jalaluddin, 39 tahun dipercayai terjatuh ke dalam laut selepas bot dinaiki dipukul ombak kuat ketika dalam perjalanan balik ke pangkalan semalam.

Media Baharu