fb fb fb fb fb

Operasi dua unit dron pantau peraturan jalan raya

SEREMBAN, 21 Januari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan dua unit dron bagi memantau peraturan jalan raya.

Antaranya bagi kesalahan melanggar lampu merah, memotong garisan dan menggunakan lorong kecemasan.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata, pemantauan dengan menggunakan dron itu akan memfokuskan Jalan Persekutuan dan di sepanjang lebuh raya.

"JPJ Negeri Sembilan telah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa penerbangan Malaysia berkenaan dron untuk digunakan untuk tujuan pemantauan peraturan jalan raya.

"Selain itu JPJ menjalankan Op Pra TBC daripada 14 hingga 17 Januari yang lepas yang melibatkan pemeriksaan bas bagi depoh dan terminal bas utama bagi tujuan memastikan pengguna bas dalam keadaan selamat," katanya dalam satu sidang media di sini.

Jelasnya, penggunaan dron bagi melakukan pemantauan trafik khususnya ketika musim perayaan lebih efisien dan efektif kerana tidak melibatkan jumlah keanggotaan dan pegawai yang ramai.

Dalam pada itu, seramai 218 anggota penguat kuasa JPJ Negeri Sembilan ditugaskan dalam Op TBC 2023 dan cuti dibekukan sepanjang tempoh penguatkuasaan itu.

(Hanif Yusabra Yusuf (tengah))

Media Baharu