fb fb fb fb fb

Operasi cari kanak-kanak lemas diteruskan

TANJUNG MALIM, 5 Jun- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lemas di Lubuk Gelap, Jalan Simpang Empat di sini diteruskan hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata fokus pencarian kini ditumpukan di kawasan sekitar mangsa dipercayai hilang sepanjang lima kilometer.

"Cuaca baik pada hari ini dengan air lebih jernih dan arus tidak deras berbanding semalam.

"Operasi yang bermula pada pukul 9.30 pagi tadi menggunakan teknik pencarian secara ‘Surface Searching’ dan selaman oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) serta khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).

"Selain JBPM Tanjung Malim, operasi dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Team Rescue UPSI," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa Edward Grang Anak Janggut, 8 tahun dipercayai hilang ketika mandi bersama keluarganya di sungai tersebut.

Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik.


(Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik)

Media Baharu