fb fb fb fb fb

Operasi BNM bantu kadar jangka pendek kekal stabil

KUALA LUMPUR, 30 Mei- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM49.85 bilion dan sejumlah RM26.61 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada RM1 bilion setiap satu untuk tempoh tujuh dan 14 hari.

Ia juga akan mengendalikan dua tender Qard melibatkan RM1 bilion, masing-masing selama tujuh dan 21 hari.

BNM turut menjalankan dua tender repo berbalik iaitu RM790 juta (31 hari) dan RM515 juta (92 hari).

Selain itu, bank pusat akan mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM48.2 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM23.6 bilion bagi tender semalaman murabahah.- BERNAMA

(Foto hiasan)

Media Baharu