fb fb fb fb fb

AADK terus komited rawat dan pulih penagih

BESERI, 30 Mei - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diyakini akan terus memberikan tahap prestasi perkhidmatan yang tinggi dalam menerajui program rawatan dan pemulihan penagihan dadah di negara ini.
 
Kejayaan pemulihan penagihan dadah perlu dijalankan secara kolektif dan tanggungjawab, tidak hanya digalas AADK bersendirian.
 
Komitmen dan keterlibatan semua pihak meliputi individu itu sendiri, seluruh ahli keluarganya, komuniti setempat, jabatan-jabatan, Badan bukan kerajaan (NGO) dan semua pemimpin di peringkat akar umbi sangat penting untuk mengekalkan kepulihan seseorang itu sepanjang hayatnya. 
 
Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, seluruh rakyat pelbagai lapisan dan ideologi diseru untuk terus komited dalam menyokong usaha memerangi penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri dan negara ini. 
 
Kesepakatan dan keterlibatan semua pihak dan gabungan idea-idea bernas akan mewujudkan pendekatan lebih mapan dan harmoni.
 
"Meskipun mungkin berlaku pandangan sinikal dan stigma segelintir masyarakat terhadap usaha membanteras gejala dadah, saya dapati AADK tetap teguh dengan iltizamnya, baik dari aspek pendidikan, pencegahan, pemulihan penagihan dadah dan juga aspek penguatkuasaan akta penagihan dadah (rawatan dan pemulihan) 1983," titah baginda.

(Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ketika merasmikan
usat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang, Perlis)

Hingga kini terdapat 30 buah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) yang diuruskan AADK untuk melaksanakan Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi dan PUSPEN Bukit Cabang adalah yang termoden ketika ini.
 
Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
 
Turut hadir, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Media Baharu