fb fb fb fb fb

44,754 penagih berjaya dirawat

BESERI, 30 Mei - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berjaya merawat pulih seramai 44,754 penagih menerusi Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti, sepanjang 2022.

Daripada jumlah itu 19, 440 penagih telah dinilai dan mendapati 14,000 mencapai tahap kepulihan ditetapkan.
 
Menurut Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon, pencapaian pemulihan berkenaan dinilai menerusi kaedah Cure and Care Recovery Index (CCRI) yang ditetapkan.
 
Menerusi jumlah itu juga, AADK bagi tahun 2022 berjaya mencapai paras 71 peratus kadar penagih kekal dalam pemulihan seperti yang disasarkan berbanding hanya 65 peratus pada tahun 2021.
 
Bagi tahun ini, AADK menyasarkan sebanyak 75 peratus penagih kekal dalam pemulihan dan sehingga kini seramai 6,000 penagih sedang menjalani program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi di 30 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) seluruh negara. 
 
"Pusat rawatan kita ini PUSPEN dan fasiliti lain yang menawarkan rawatan dalam komuniti aadk ini dijadikan sebagai satu pusat yang memberikan pendidikan lebih kepada institusi pendidikan supaya mereka dididik dan mereka mendapat peluang untuk dipulihkan dari segi akal dia, jasmani dia dan rohani dia agar mereka boleh lebih produktif dan mendapat peluang kedua untuk meneruskan hidup," kata Sutekno di sini.

(Sutekno ketika ditemui media selepas majlis Perasmian PUSPEN Bukit Chabang
yang disempurnakan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail)

Sepanjang tahun 2022, seramai 137,176 individu terlibat dalam penyalahgunaan dan penagihan dadah serta bahan terlarang, manakala bagi tempoh hingga Mac tahun ini, AADK merekodkan seramai 103,760 individu terlibat dalam penyalahgunaan dan penagihan dadah serta bahan terlarang.

Media Baharu