fb fb fb fb fb

Perjanjian pandemik, 'langkah ke belakang'

GENEVA, 30 Mei- Ketika rundingan ke arah perjanjian pandemik baharu, pemerhati memberi amaran tentang usaha itu agak lemah dalam memastikan akses saksama kepada produk perubatan yang diperlukan untuk memerangi ancaman seperti COVID-19 pada masa hadapan.

Ketika wabak itu menyerang dunia, 194 negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang merundingkan perjanjian antarabangsa yang bertujuan memastikan negara-negara lebih bersedia untuk menangani ancaman seterusnya.

Bagaimanapun, proses itu masih di peringkat awal, dan mensasarkan ia akan dipersetujui menjelang Mei 2024.

Tetapi pengkritik memberi amaran bahawa semakan yang dibuat pada teks rundingan awal melemahkan, terutamanya dalam mencegah ketidaksamaan yang berleluasa untuk mendapatkan akses kepada vaksin dan produk perubatan lain semasa wabak COVID-19.

Pengarah bersama Pusat Kesihatan Global di Institut Siswazah Geneva, memberitahu AFP Suerie Moon, "saya fikir ia adalah satu langkah ke belakang."

Suerie turut memberi amaran bahawa negara miskin mungkin akan ketinggalan berikutan tidak mempunyai kefahaman bahasa yang baik bagi memastikan mereka dilindungi daripada wabak seterusnya, "ada risiko nyata bahawa ada negara yang ketinggalan, " daripada rundingan itu.- AFP

(Foto hiasan)

Media Baharu