fb fb fb fb fb

Op Saman Warganegara Asing: Polis keluar 25 saman

(FOTO RTM)

PADANG BESAR, 24 Mei- Sebanyak 40 buah kenderaan berpendaftaran asing diperiksa dalam Operasi Saman Warganegara Asing di KM 35 Jalan Padang Besar - Kangar.

Pihak polis telah mengeluarkan 25 saman atas pelbagai kesalahan seperti ubah suai struktur kenderaan, tidak mematuhi syarat permit dan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan.

Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang diperiksa mendapati lima kenderaan jenis pick-up yang dipandu warganegara asing telah membuat pengubahsuaian tangki minyak.

Pihak polis bertindak merampas semua kenderaan tersebut dan menahan kelima-lima pemandu yang berumur lingkungan 26 hingga 51 tahun bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mohd Shokri turut memberi amaran kepada mana-mana individu yang terlibat dalam penyimpanan secara tidak sah atau menyeludup apa-apa barang bersubsidi bakal diambil tindakan tegas di bawah peruntukan undang -undang sedia ada.


(FOTO RTM)

Media Baharu