fb fb fb fb fb

4,477 tan metrik nadir bumi telah dieksport ke China

(FOTO RTM)

IPOH, 24 Mei-Kira-kira 4,477 tan metrik nadir bumi atau Rare Earth Element (REE) di Kenering,Gerik telah dieksport ke negara China.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata penghantaran produk akhir perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) itu dibuat pada bulan Februari, Mac dan April tahun ini.

Tambahnya, projek tersebut beroperasi di atas tanah seluas 216 ekar melibatkan operasi pengekstrakan mineral NR-REE menggunakan kaedah "In-situ leaching.

"Baki REC di tapak adalah sebanyak 1,000 tan metrik.

"Pihak penggerak projek telah menjelaskan bayaran royalti sebanyak RM1.66 juta bagi pengeksportan pertama REC pada bulan Februari 2023", katanya ketika menjawab soalan lisan ADUN Pasir Pinji, Goh See Hua  pada persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Projek perintis perlombongan NR-REE memulakan operasi pada bulan Oktober lalu setelah memperoleh kelulusan perundangan daripada agensi teknikal dan kebenaran beroperasi daripada pihak berkuasa negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada September tahun lalu.


(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad/FOTO RTM)

Media Baharu