fb fb fb fb fb

Op PEWA: 40 kenderaan disita di Jitra

JITRA, 23 September- Sebanyak 39 motosikal dan sebuah kereta disita atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Operasi Pemandu Warga Asing (Op PEWA) JPJ Kedah di sekitar Jitra.

Pengarah JPJ Kedah berkata, operasi dijalankan susulan banyak aduan diterima berhubung warga asing memandu kenderaan tanpa dokumen sah.

Katanya, pemilik kenderaan yang membenarkan warga asing mengunakan kenderaan mereka juga berdepan tindakan undang-undang.

Antara kesalahan yang dikesan adalah seperti tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan pelbagai kesalahan teknikal kenderaan.

Katanya, strategi penguatkuasaan secara berfokus dilaksanakan dengan tumpuan utama kepada pengendali motosikal.

Ia bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap kelakuan pengendali atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.


(Operasi dijalankan susulan banyak aduan diterima berhubung warga asing memandu kenderaan tanpa dokumen sah)

Media Baharu