fb fb fb fb fb

Op Mabuk: 7 ditahan, memandu dalam keadaan mabuk

ISKANDAR PUTERI, 26 Januari - Jumlah tangkapan pemandu mabuk di Iskandar Puteri, Johor, berkurangan daripada 99 kes pada 2020, kepada 38 kes pada 2021. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mokhtar memaklumkan, penurunan tersebut susulan tindakan penguatkuasaan secara holistik dijalankan, dengan 30 operasi dijalankan pada 2021.

Bagaimanapun, trend kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, meningkat pada Januari 2022, dengan tujuh tangkapan dijalankan, setakat ini. Manakala satu kes kemalangan jalan raya membabitkan pemandu mabuk, yang menyebabkan kematian, direkodkan.

Operasi akan dipergiat bagi membendung kesalahan tersebut daripada berleluasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, selain Seksyen 45 A (1) akta yang sama.

Media Baharu