fb fb fb fb fb

58,079 permohonan harta intelek direkodkan sepanjang tahun lalu

KUALA LUMPUR, 26 Januari - Sebanyak 58,079 permohonan harta intelek direkodkan sepanjang tahun lalu.

Jumlah tersebut meningkat sebanyak 14.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata daripada jumlah itu, 21,275 permohonan melibatkan harta intelek tempatan.

Manakala bagi komponen harta intelek, lebih 80 peratus permohonan membabitkan pemfailan cap dagangan.

"Pembaharuan dalam persekitaran ekonomi sama ada dalam negara, serantau atau antarabangsa telah meletakkan harta intelek sebagai elemen penting dalam perkembangan perniagaan.

"Harta intelek tidak lagi dilihat sebagai 'protective legal shield' semata-mata malah mempunyai fungsi sama seperti harta lain iaitu boleh diperdagangkan dan dilesenkan dalam nilai yang tinggi," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 di sini.

Tambahnya, jumlah pemfailan paten, pembaharuan utiliti, cap dagangan dan reka bentuk perindustrian turut menjadi penanda aras dalam Indeks Inovasi Global.

Tahun lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-36 daripada 132 negara.

Media Baharu