fb fb fb fb fb

47.5 peratus populasi dewasa terima dos penggalak setakat semalam

PUTRAJAYA, 26 Januari - Seramai 11.11 juta atau 47.5 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19.

Manakala lebih 25 juta atau 97.9 peratus populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW memaklumkan,, lebih 26- juta atau 99.1 peratus pula menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai lebih 2.78 juta individu atau 88.4 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

Manakala 2.86 juta individu atau 91.0 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Media Baharu