fb fb fb fb fb

Ops Kutip, 238 warga asing ditahan di Kota Bahru

Warga Myanmar antara yang teramai ditahan iaitu membabitkan 115 lelaki, tiga wanita serta empat kanak-kanak / Foto FB JIM Kelantan

KOTA BAHRU, 5 Januari - Seramai 238 warga asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan dalam Ops Kutip di sekitar bandar ini.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Pengurusan), Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata operasi yang bermula pada pukul 10 pagi tadi turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Kota Bharu dan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Warga Myanmar antara yang teramai ditahan iaitu membabitkan 115 lelaki, tiga wanita serta empat kanak-kanak.

"Warga asing lain yang turut ditahan melibatkan warga Pakistan, India, Thailand, Nepal, Bangladesh dan Indonesia kerana dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya menerusi kenyataan.

Nik Akhtarulhaq turut menggesa orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat mengenai pendatang tanpa izin atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN