fb fb fb fb fb

OP Benteng : 6 PATI ditahan

KOTA TINGGI, 29 Oktober - Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang bersembunyi di pinggir hutan Bayu Damai, di sini ditahan menerusi OP Benteng pada pukul 5.30 pagi tadi.

Menerusi kenyataan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, mereka ditahan hasil maklumat risikan dan pengesanan radar kenderaan perisai Gempita bersama Tim Quick Reaction Force (QRF).

Kesemua PATI merupakan lelaki berusia 32 hingga 50 tahun, mereka tiada dokumen sah dan dibawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk siasatan dan proses dokumentasi sebelum diserah kepada Jabatan Imigresen.

(Enam PATI warga Indonesia ditahan)

Tim QRF turut merampas 269 kotak rokok seludup bernilai RM16,140 di kawasan berhampiran dan diserah kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) .

Wang tunai mata wang Malaysia dan Indonesia bernilai RM1,561, barang kemas serta tiga telefon bimbit turut dirampas.

Nilai keseluruhan rampasan termasuk rokok berjumlah lebih RM20,000.

Media Baharu