fb fb fb fb fb

ONSA tangani ancaman keselamatan digital

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 December - Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau ONSA yang akan berkuat kuasa pada Januari 2026 dilihat sebagai langkah penting dalam menangani ancaman keselamatan digital yang semakin membimbangkan dalam mendepani era teknologi.

Ketua Pusat Pegajian Siswazah FKPM Uitm Shah Alam Prof. Madya Dr. Ahlam Abdul Aziz berkata, pelaksanaan akta itu bertujuan meletakkan tanggungjawab utama kepada pemilik platform media sosial untuk mengesan, menyekat serta menurunkan kandungan berbahaya secara proaktif, tanpa perlu menunggu laporan pengguna atau arahan pihak berkuasa.

Antara sekatan kandungan yang disasarkan termasuk penipuan dalam talian, eksploitasi kanak-kanak, unsur lucah, buli siber serta elemen radikalisme.

2612 REAX AHLAM ONSA
Ketua Pusat Pegajian Siswazah FKPM Uitm Shah Alam Prof. Madya Dr. Ahlam Abdul Aziz

"Secara ringkas, ONSA 2025 merupakan langkah progresif untuk memastikan keselamatan digital negara. Namun, pelaksanaannya memerlukan keseimbangan yang teliti antara perlindungan pengguna, kebebasan digital, dan keberkesanan penguatkuasaan," katanya ketika dihubungi RTM.

Akta tersebut turut mewajibkan pendekatan 'safer by design' dengan menetapkan had umur minimum 16 tahun bagi pemilik akaun media sosial, bagi mengurangkan pendedahan awal kanak-kanak kepada risiko ketika berada dalam talian.

Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diberi kuasa untuk mendapatkan laporan berkala dan statistik penurunan kandungan daripada platform digital, sekali gus mewujudkan mekanisme akauntabiliti lebih telus.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI