fb fb fb fb fb

OKT meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan

KOTA BHARU, 15 Ogos- Seorang lelaki yang juga orang kena tahan (OKT) disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah Klinik Kesihatan di Bachok, pada pagi sabtu.

Perkara itu di sahkan Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun. Bagaimanapun, beliau berkata punca kematian OKT berusia 32 tahun itu masih disiasat dan pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

Berdasarkan laporan, OKT tersebut dimasukkan ke lokap balai polis itu selepas ditahan atas tiga kes dadah pada 2 Ogos lalu dan sepatutnya dituduh di mahkamah semalam atas kesalahan tersebut.


(Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun)

Namun, kelmarin, suspek yang juga positif dadah jenis Methampethamine tersebut dilaporkan bergaduh dengan seorang lagi OKT sebelum pengawal lokap bertindak memindahkanya ke lokap lain seorang diri di Balai Polis Bachok.

Suspek kemudian mengalami sesak nafas dan dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas.

Menurut pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, beliau akan tunggu lapaoran sepenuhnya dan sebab kematian.

"Sebab kematian biar doktor sahkan dulu apa pun tindakan siasatan telah pun kita buat dari sudut jenayah tetapi dari sudut lain siasatan akan di buatĀ oleh siasatan khas dari bukit aman iaitu di bawah jips team daripada bukit aman telah turun dan mereka juga masih tunggu keputusan post mortem," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK),di sini semalam.

Mengulas lanjut, menurut Datuk Muhamad Zaki, pemeriksaan turut mendapati, mangsa mempunyai tujuh rekod lampau berkait kes dadah.

Sementara itu, dalam kes berasingan seorang peninju Muay Thai warganegara Thailand maut selepas mengalami pendarahan dalam otak ketika menyertai Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di padang sebuah kolej di Kampung Che Deris, Badang Kota Bharu kelmarin.

Mangsa, Mr. Kittichai Chaengkhao,28 tahun, meninggal dunia kira-kira pukul 10.57 pagi semalam di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu selepas hampir 10 jam dirawat di unit kecemasan hospital itu.

"Pihak doktor telah mengeluarkan sebab - sebab kematian dan jelas ianya boleh di katakan kemalangan la..kemalangan dalam sukan, masa kejadian dia tidak sedar dan di bawa ke hospital, masa di tempat kejadian pun doktor ada kerana setiap perlawanan ni ada doktor mengawasi dan terus di bawa ke hospital," kata Muhamad Zaki.

Siasatan mendapati, semasa kejohanan itu, mangsa dijadualkan berlawan dengan seorang peninju Muay Thai tempatan yang berusia 29 tahun.

Berdasarkan siasatan mangsa memasuki negara ini secara sah dengan mempunyai dokumen perjalanan yang diperakui.

Polis juga telah mengambil keterangan daripada pihak penganjur berhubungan kes tersebut dan mendapati pihak terbabit mempunyai permit untuk menganjurkan kejohanan Muay Thai itu.

Tambah Datuk Muhamad Zaki, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Media Baharu