fb fb fb fb fb

Lebih 50 peratus pelajar terima surat tawaran ke IPT - Mahdzir

JELEBU, 15 Ogos- Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia 2022 (JPKM) mencapai lebih 50 peratus daripada sasaran jumlah keseluruhan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menerima surat tawaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, inisiatif kerajaan dalam membantu pelajar daripada golongan B40 melibatkan penduduk luar bandar di beberapa Parlimen bagi melanjutkan pengajian mendapat sambutan yang menggalakkan.


(Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid)

JPKM adalah platform untuk memberi peluang kepada pelajar yang tercicir daripada menerima tawaran IPT menerusi UPU.

"Pertama yang ada keputusan maknanya keputusan dia ada baik itu kebanyakan dia dapat sendiri maknanya ada offer dari IPT. Kedua dia dapat atas laluan tvet dia cari yang kemahiran repair kereta ka aircond ka enginering dia dpt. Ketiga, kumpulan takda knowledge kat mana nak dpt benda tu tu yg kita dtg nak bantu lebih kurang, compliment kepada sedia ada. Jd ramai yg dtg td dia rasa dia ada kelayakan juga tapi dia tak dapat tempat," kata Mahdzir Khalid.

KPLBJPKM menyasarkan 50,000 pelajar lepasan SPM tahun 2016-2021 di 50 kawasan Parlimen untuk mendapat surat tawaran kemasukan ke IPT bagi melanjutkan pelajaran.

Beliau ditemui pada JPKM Peringkat Parlimen Jelebu di Jelebu.JPKM Peringkat Parlimen Jelebu adalah siri yang ketiga diadakan dan telah menawarkan kemasukan ke universiti kepada lebih 70 pelajar lepasan SPM.

Media Baharu