fb fb fb fb fb

NS Fest 2023 tampil pengisian baharu, libatkan tiga kementerian

SEREMBAN, 21 Jun- NS Fest 2023 yang akan berlangsung esok sehingga 25 Jun di Dataran Nilai bakal tampil dengan pengisian baharu babitkan tiga kementerian.

Ia melibatkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Muhammad Nahar Mohd Sidek, penglibatan tiga kementerian itu dapat memperluas pengisian penganjuran NS Fest 2023.

"Untuk edisi kali ini lebih istimewa kerana kita akan turut disertai oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Dengan penyertaan daripada tiga kementerian itu sendiri kita kata menambah baik penganjuran pada kali ini dan tentunya daripada penyertaan tiga kementerian tersebut pengisiannya tu akan lebih luas," katanya.


(Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Muhammad Nahar Mohd Sidek)

Beliau berkata demikian ketika ditemuI RTM di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual hadir pada 24 Jun bagi memeriahkan acara

Media Baharu